- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi dengan syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, ia makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya dan kalau gagal tidak redha dan kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN banyak ketawa, nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
p/s; 8 Mac – Selamat Hari Wanita buat semua wanita. peliharalah diri dan aurat kita. sesungguhnya kita adalah harta yang amat berharga dan dijaga dalam Islam.
