Assalamualaikum..
sekadar perkongsian untuk semua.. kita biasa dengar al-Mathurat, tapi mesti jarang dengar ayat munjiyat kan? terdapat tujuh ayat al-Quran yang dinamakan ayat munjiyat ini telah dibuktikan
dari pengalaman Ibnu Sirin RA sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai
kesulitan dan kesusahan. mama seha pesan suruh seha amalkan, dan alhamdulillah.. cubalah amalkan.. :)
Ayat ini juga dipanggil ayat tujuh. Ianya terdiri dari 7 ayat dari beberapa surah Al-Quran iaitu:
Ayat ini juga dipanggil ayat tujuh. Ianya terdiri dari 7 ayat dari beberapa surah Al-Quran iaitu:
1) ayat 51 surah at-Taubah
2) ayat 107 surah
Yunus
3) ayat 6 surah Hud
4) ayat 56 surah Hud
5) ayat 60 surah al-Ankabut
6) ayat 2 surah
al-Fathir
7) ayat 38 surah al-Zumar.

Antara khasiatnya jika diamalkan secara istiqomah :-
1) Dicatat pahala yang banyak
2) Wajah berseri
3) Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah
4) Dijauhkan dari gangguan iblis
5) Ditunaikan segala hajat
6) Terpelihara dari tipu daya musuh
Menurut Ka'abul akhbar:
Barangsiapa membaca akan dia, tiada kuasa seseorang memberi mudharat dan
jikalau tertutup langit atas bumi, lepas ia dengan izin Allah.
Kata Ali r.a.:
Barangsiapa mengamalkan atau membaca ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan
merasa aman sentosa dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada
tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
Apabila ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah
solat Maghrib dan Subuh), insyaallah akan memudahkan rezekinya,
dipanjangkan umur, terpelihara dai gangguan jin, syaitan dan fitnah,
dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan serta dikabulkan segala apa
yang dicita-citakannya.
Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada setiap solat fardhu dibaca tujuh kali, nescaya akan memperolehi faedah yang besar.
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, insyaallah, Allah akan memudahkan sakaratul maut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Juga kalau dibacakan ayat ini pada orang sakit, maka insyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.
Barangsiapa yang membaca ayat tujuh dengan tujuh hari berturut-turut dengan ketentuan tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di malam hari, mudah-mudahan Allah akan melepaskan atau memudahkan dari kesulitan dan kesusahan.
Menurut yang pernah mengamalkan, baca ayat tujuh disiang hari tujuh kali dan malam hari tujuh kali selama tujuh hari kemudian selepas itu diwiridkan sekali siang (lepas subuh) dan sekali malam (lepas maghrib) secara tetap setiap hari. Jika sudah mantap amalannya, kesannya akan dapat dirasai. jom sama-sama amalkan ayat tujuh ni.. may Allah bless! :)