Sunday, April 15, 2012

mereka dapat syurga Allah.. jihad!

Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah syukur kita hidup dalam keamanan tapi tapi... errmmm.. BAGAIMANA UMAT ISLAM DI LUAR SANA ? PALESTIN, SYRIA, IRAQ DAN SELURUH NEGARA?? aman kah mereka??

Allahu rabbi.. seha tersentak dan bangun dari lamunan. bagaimana umat islam di Malaysia ketika ini, merempit, melepak dan segala-galanya demi dunia?? ke mana mereka??

Allah kau kuatkan umat islam di seluruh dunia yang memperjuangkan agamaMu. kebelakangan ini , seha lihat kekejaman pemimpin Syria semakin menjadi-jadi. mengapa semua ini berlaku. kanak-kanak wanita lelaki yang tidak berdosa menjadi mangsa. mereka hanya ingin hak mereka!

tanda-tanda kiamat : pemimpin yang zalim.
ya Allah aku hanya mampu melihat, menangis dan berdoa dari kejauhan. makbulkan doa ini Ya Rabb untuk mereka yang berjuang di jalanMu.

Palestin , sudah lama rasanya negara ini berjihad. yang pasti ALLAH JANJIKAN SYURGA BUAT MEREKA. teruskan berjuang!! kuatkan umat islam ya Allah beri kemenangan pada mereka.




sedikit bingkisan mengenai Syria..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid.”
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada 2 negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3) Syeikh Yussuf Al-Qardhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4) 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5) 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutar-belitkan fakta.
3) Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5) Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.