Bismillahirrahmanirrahim
in the name of Allah,
The Most Gracious and The Most Merciful
HIDUP MENUNTUT KITA UNTUK MEMBUAT PILIHAN SENDIRI
andai anda di beri dua pilihan.. saya beri dua situasi okay? :)
SITUASI PERTAMA 1#
Jam mahal dletak ddalam balang berkaca dshow room. Indah dpandang tetapi harganya mahal. Tersangat mahal sehingga kita yang bergaji biasa, berelaun biasa, berduit sederhana tidak mampu untuk membelinya. Kita hanya mampu memandang meskipun hanya dari jauh. Padahal kita sangat ingin memilikinya. Kita jadi sedar diri, tentang hakikat diri kita, tidak punya wang yang banyak, tidak hidup mewah untuk membeli jam yang tersangatlah mahal itu. Hanya orang yang benar benar punya wang yang banyak mampu memilikinya.
SITUASI KEDUA 2#
Kadang kadang, longgokan jam murah dpasar malam itu sangat menggoda kita untuk membelinya. Sangat murah, tiga RM10. Mudah untuk dlihat, tidak dletak dbalang-balang berkaca. Kta dengan seenaknya memegangnya. Jika mahu, beli, jika tidak mahu, kembali meletakkannya. Entah sudah berapa tangan yang telah menyentuh jam tersebut. Ia bisa dtatap seenaknya, dsentuh semudahnya. Kita mampu membelinya bila-bila masa. Kalau sudah beli, lepas pakai seminggu dah rosak.
APA PILIHAN KAMU?
jika saya..
jauh dsudut hati, pastilah saya inginkan jam yang mahal tersebut.
Yang tertutup itu indah, dan tidak semua orang mampu memilikinya. Walhal keinginan untuk memilikinya membuak-buak tanpa mengetahui status diri.
Siapa soleh, dapat solehah.
Saya yakin dengan janji Allah ini. :)
Semua orang punya impian untuk memiliki pasangan yang beriman, suami yang soleh dan isteri yang solehah. Supaya keturunan nanti baik-baik, zuriat yang dlahirkan dharapkan soleh solehah juga seperti ibu bapanya.
Bukan topik suami isteri yang saya hendak bincangkan, tapi ianya adalah sebuah gambaran akan datang dari sekecil-kecil perkara. Banyak kawan lelaki yang saya tanya, rata-rata mereka inginkan wanita solehah, yakni mereka perincikan lagi, seorang wanita yang bertudung labuh. Bagi mereka, wanita bertudung labuh ini sedap mata memandang, akhlak solehah, pandai menjaga diri dan dpercayai.
Jadi, akhlak luaran menggambarkan dalaman kita.

Jadi, jika ada yang berkeinginan untuk bertudung labuh, teruskan niat baik itu. Jangan bertangguh, dan yang paling penting, jangan dengar cakap cakap negative orang lain. Sudah lumrah manusia, tidak sukakan perubahan baik orang lain. Di 'lable' macam macam. Perubahan jahat, dsorak-sorai, dtepuk tangan. Manusia lebih senang mendengar keburukan orang lain berbanding kebaikan seseorang. Sebab tu berlaku kes dengki-mendengki, fitnah-memfitnah, semuanya berpunca dari hati yang tidak sihat. Hati yang terlalu banyak titik hitam. Sangat berbahaya hati seperti ini.
Kepada pemakai tudung labuh, istiqamahlah dalam 'pemakaian perlindungan' ini. Tidak semua manusia terpilih oleh Allah untuk menyarungkan tudung labuh, tidak semua manusia punya kekuatan seperti kamu, dan tidak semua orang punya ketabahan seperti kamu untuk terus menyarungkan tudung labuh yang kadang kadang orang pandang sangat kolot.
p/s; sedang berusaha untuk memakainya secara constant.. doakan ya :) niat dhati; mahu jadi seperti jam mahal itu insyaAllah. saya cuma insan biasa yang punya secebis harapan untuk turut menyampaikan sedikit ilmu 'walau cuma satu ayat'. saya masih banyak kurang sana sini. saya ta hebat seperti anda semua. kamu semua jauh lebih hebat dari saya. may Allah bless~ :)

