Sunday, March 27, 2011

seandainya..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Andai lelaki tahu 
apabila wanita berkata, 'Tolong tinggalkan saya', 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Wanita sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tetapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan diri anda.