Wednesday, December 14, 2011

hidup perlu sabar

wahai hati.. bersabarlah..
kerana bila sabar, semua akan menjadi cantik..
bila sabar hidup akan jadi tenang..
orang lain takkan tau apa yang kita lalui..
sama macam kita, kita juga takkan pernah tau apa yang orang lain lalui..
jangan pernah kisah dengan orang lain yang berkata buruk di belakangmu..
mereka tidak tahu.. mereka juga tidak sempurna..
jangan pernah terniat untuk membalas buruk juga kepada mereka..
hidup ini masing-masing Allah sudah tentukan jalannya..
redha dan terima sepenuh hati..
Allah sentiasa mengaturnya dengan cantik..

bersabarlah wahai hati.. tika mana kau diuji, kerana ujian itu tidak lain tidak bukan daripada Tuhanmu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hadith Nabi Muhammad SAW ada mengatakan;

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya ditimpakan musibah (ujian) kepadanya."
(Riwayat Bukhari)

wahai hati, bila bersedih, ingatlah Tuhanmu dan berzikirlah. adakah kau lupa, dengan mengingatiNya kau akan menjadi tenang?

".....Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (ar-Ra'd:28) 

janganlah kau mudah marah bila kau berdepan dengan situasi yang tidak kau ingini. kerana kau tahu, marah itu ibarat api di dapur hatimu.. padamlah ia sebelum ia terus marak dan membakar bahagianmu yang lain. Allah juga ada berfirman di dalam kitab sucinya;

"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Ali 'Imran:133-134)


ya, walau apapun keadaannya, kau mesti bersabar..

sukar untuk melakukannya?

maka pintalah kepada Allah supaya menjadikan kau sabar. kerana Tuhanmu ada berfirman;

"...Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu..." (Ghafir:60)

itu janji Allah! janganlah kau bersedih lagi dengan apa yang menimpamu. teruskan bersabar andai itu jalan terakhirmu. masih ingat firmanNya dalam surah al-Muddasir?

"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"

semoga dengan kata-kata dan peringatan ini, kau kembali bersemangat dan yakin bahawa masih ada sinar untuk hari esok. yakinlah dengan itu! dan yakinlah bila tiada siapa disampingmu, dan yang tinggal hanya Tuhanmu, Tuhanmu itu lebih dari cukup untukmu. bersabarlah wahai hati.. bersabarlah.. :')

"Suffering is a gift. In it is hidden mercy" 
-Mawlana Jalal-al-Din Rumi-