padamu yang telah Allah pilihkan untukku..
ingin ku beritahu kepadamu..
aku hidup dan membesar dalam keluarga yang bahagia..
orang tua yang begitu sempurna..
dengan kasih sayang yang membuncah..
aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
maka, padamu ku katakan..
saat Allah memilihmu dalam hidupku..
maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan kasihmu kepadaku..
memperlakukan dengan sayang yang begitu indah..
padamu yang telah Allah pilihkan untukku..
ketahuilah bahawa aku hanyalah wanita biasa..
begitu banyak kekurangan dalam diriku..
aku bukanlah wanita yang sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
maka, ketika Dia memilihmu untukku..
maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu..
dan aku tahu, kau juga bukan lelaki yang sempurna..
dan aku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
kerana kelak kita akan menyatu..
aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku..
kau dan aku akan menjadi 'kita'..
padamu yang telah Allah pilihkan untukku..
ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah..
membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
maka ketika Dia memilihmu untukku..
maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau juga telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
itulah visi pernikahan kita..
ibadah kepadaNya ta'ala..
padamu yang telah Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
ingatlah bahawa aku adalah makhlukNya dari tulang rusukmu yang paling bengkok..
ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah..
maka ketahuilah.. saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah..
sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
namun jangan kau cuba meluruskan ku, kerana aku akan patah..
tapi jangan pula membiarkan ku begitu sahaja, kerana aku akan selamanya salah..
namun tataplah mataku dan tersenyumlah..
dan nasihatiku dengan bijak dan hikmah..
nescaya kau akan menemukan ku tersungkur menangis di pangkuanmu..
maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
padamu yang telah Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
ketahuilah, ketika ijab ke atas namaku telah kau lontarkan..
maka di mataku hanya kau yang terindah..
aku akan bersiap seindahnya hanya untuk tatapanmu..
aku akan bersiap seindahnya hanya untuk tatapanmu..
kata-katamu adalah titah untukku..
selama tak bermaksiat kepada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
maka jika kau berkenan, aku ingin meminta kepadamu..
jadilah hunianku yang indah, yang kukuh..
yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
padamu yang telah Allah pilihkan sebagai penopang hidupku..
dalam istana kecil kita nanti akan hadir buah hati kita..
maka didiklah mereka menjadi generasi yang rindukan syurgaNya..
yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah..
yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
yang darahnya mengalir darah syuhada..
dan aku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
dan aku akan selalu jatuh cinta hanya kepadamu..
padamu yang telah Allah pilihkan sebagai imamku..
ku memohon padamu.. redhalah kepadaku..
sungguh redhamu adalah redha Ilahi Rabbi kepadaku..
mudahkanlah jalanku ke syurgaNya..
kerana bagiku, kau adalah kunci syurgaku..


