
Sabda Rasullah s.a.w: “Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha)
1. Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga.
2. Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga
maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang
bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang
difahaminya.
3. Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa
memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Dia sentiasa memelihara
diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram.
4. Melakukan aktiviti yang berfaedah.
~ Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri malah untuk ahli keluarga, sahabat dan masyarakat.
~ Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini.
~ Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat,
menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa
senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti berfedah yang lain.
~
Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi
tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar
dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai
ALLAH.
Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar
wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda
Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara
dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara
mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.
5. Mentaati ibu bapanya
Kedua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah
ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf.
Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi: “Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan
pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu
bapa. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam
memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israak: 23 – 24)
6. Redha dan syukur dengan apa yang ada
Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa saja keadaannya pasti
baik. Ia tidak pernah dialami oleh siapa pun melainkan orang mukmin.
Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia
susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” (Riwayat Muslim)
7. Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin ~
Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah.
Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki
yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita
yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk
lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik.” (Surah al-Nur: 26)
8. Paras rupa bukanlah segala-galanya
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik
daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati
kamu.” (Surah al-Baqarah: 221)
9. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya
Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna.
Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa
yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya
terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya
dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin
di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya.
Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang
dipimpinnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Paling baik
ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di
atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri
dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang
harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH.
Namun, jika
seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu
daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.