Assalamualaikum.. tiba-tiba hati ini terdetik, terfikir, baikkah kita sebenarnya?
kita solat 5 waktu.. beribadat
siang dan malam, tapi kita tidak pernah mahu berbakti kepada saudara
seIslam kita yang sedang dalam kesusahan. baikkah kita sebenarnya?
kita
tidak pernah mengumpat tentang dia tetapi setiap kali kita mendengar
orang bercakap sesuatu yang buruk tentang dia.. dalam hati kita turut
mengeji dan memandang rendah pada dia.. baikkah kita?
kita seorang
yang alim dari segi ibadahnya, dari segi pakaiannya, kita mungkin sudah ke Mekah berkali kali, khatam Quran berkali kali. tapi bila kita melihat
seorang yang JAHAT pada dulunya telah menjadi BAIK.. kemudian kita
berkata; "ala.. dulu dia bukan baik macam ni.. dulu dia kaki
perempuan.. dulu dia penipu.. dulu dia banduan". dengan amalan yang kita
buat.. dengan perbuatan kita.. baikkah kita?
kita seorang yang memakai pakaian lengkap menutup aurat. kita selalu ke kelas agama. tapi bila lihat saudara seIslam kita yang lain memakai pakaian tidaklah selengkap kita, mungkin ada juga yang tidak memakai tudung.. dalam hati kita berkata, "tak naklah kawan dengan dia, dia tak baik." dengan memilih siapa sahabat kita.. dengan menghakimi baik tak baik seseorang itu.. baikkah kita??
kita seorang yang memakai pakaian lengkap menutup aurat. kita selalu ke kelas agama. tapi bila lihat saudara seIslam kita yang lain memakai pakaian tidaklah selengkap kita, mungkin ada juga yang tidak memakai tudung.. dalam hati kita berkata, "tak naklah kawan dengan dia, dia tak baik." dengan memilih siapa sahabat kita.. dengan menghakimi baik tak baik seseorang itu.. baikkah kita??
kita sentiasa menjadi pendengar yang baik
kepada seseorang.. kita ada disaat suka dan duka mereka.. kita dengar
tangisan dan tawa mereka.. kita dengar cerita mereka.. tapi dalam hati kita
mengutuk mereka. "bosan betul lah aku dengar masalah dia.. ishh kalau tak
kerana nak bodek..tak kuasa aku nak melayan". baikkah kita?
kita sentiasa merasakan kita adalah yang terbaik.. yang bagus.. yang hebat. kita sentiasa merasakan orang lain tidak baik.. low class.. kurang amalan.. walau hakikatnya kita memang baik dan orang itu memang buruk. namun, cukup baikkah kita??
"Bila
melihat orang-orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana
kejahilannya itu, sedangkan kita yang berilmu dan berakal ini pun sering
bergelumang dengan dosa. Seandainya berjumpa dengan orang-orang jahat,
janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia
akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T dimasa tuanya.
[Imam al Ghazali]
p/s; Allah knows best about the past, the present and the future. He knows us better than we know ourselves. so, just leave the judging to Allah. may Allah bless! :)
