assalamualaikum wbt.. IKHLAS, hari ini seha rasa nak cerita tentang ikhlas. betapa tingginya darjat orang ikhlas. walaupun amalnya kecil dimata manusia, tetapi besar di sisi Allah.
Firman Allah swt,
'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
(Hadis Qudsi).Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
seha terbaca satu kisah tentang seorang makcik.. dia hanyalah seorang yang tua, mengajar anak-anak di kampung membaca Al-Quran. mayatnya wangi setelah meninggal!
seha mahu BOLDkan disini.
dia bukan seorang HAFIZAH..
dia bukan juga seorang tokoh terkenal memperjuangkan Islam..
dia juga bukan seorang ahli farmasi yang memperkenalkan formula dan prinsip baru dalam perubatan..
dia juga bukan isteri ketua kampung mahupun isteri tok imam..
dia bukan juga seorang naqibah yang begitu ramai anak buahnya..
dia bukan seorang wanita yang pintar berkata-kata..
ya, makcik itu hanyalah seorang tua yang mengajarkan anak-anak kampung membaca surat cinta dari Allah.. SubhanAllah!
Pengajaran yang kita dapat:
1- besarnya nilai ikhlas, hingga amalan kecil pada pandangan manusia sebenarnya besar disisi Allah.
2- bukan bermaksud kita tidak perlu melakukan usaha habis-habisan untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah.
3- bukan juga bermaksud kita boleh menghukum orang yang kita lihat lebih
hebat dari kita sewenang-wenangnya hanya kerana kesalahan kecil yang
dilakukannya.
4- walaupun amal baik itu kecil dan bukan ditunjukkan orang hebat, ia
tetap menjadi contoh ikutan untuk kita turut sama melakukannya.
seha cemburu pada orang yang berjaya meletakkan Allah sebagai cinta hatinya yang pertama sebelum perkara lain.. seha juga mahu jadi begitu, insyaAllah. :)
p/s; untuk apa sanjungan dan pujian manusia? itu semua hanya merosakkan segala amal
yang sudah sedia sedikit. "ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap". betapa halusnya ikhlas itu, sehingga malaikat sendiri tidak tahu dan syaitan tidak mampu merosakkannya. hanya Dia yang Mengetahui. semoga dituntun hati kita dengan cintaNya dan terarah langkah kita selari dengan redhaNya. aminn.. may Allah bless! :)
