Tuesday, June 5, 2012

kuat dan sabar seperti Baginda SAW

assalamualaikum..

seha baru selesai membaca kisah hidup Rasulullah SAW. erm, siapa tidak kenal Nabi Muhammad SAW. berapa ratus buku di tulis oleh tokoh sejarah Islam dan bukan Islam tentang Baginda. siapa tidak rindu Rasulullah SAW. hingga ada lagu laukana bainana lagi.

tapi kan.. rindu Rasulullah itu cukupkah sekadar rindu? macam mana dengan ajaran-ajaran yang Rasulullah bawa? adakah kita amalkan dan sampaikan? bagaimana kita boleh jadi sekuat dan tabah Rasulullah yang memikul tanggungjawab dari Allah? bagaimana mahu sabar dengan orang-orang jahil sebagaimana sabarnya Rasulullah?

betapa penyabarnya Rasulullah dengan orang Yahudi yang mencaci baginda.. hari-hari Rasulullah suapkan makanan untuk Yahudi buta yang mencaci baginda.

betapa sabarnya Rasulullah.. menziarahi jirannya yang terlantar sakit walhal setiap hari buang sampah depan rumah Nabi SAW.

betapa sabarnya Rasulullah.. bila ada Yahudi rentap kain yang ada di leher Rasulullah sampai berbekas merah di leher Rasulullah tapi Rasulullah tetap penuhi permintaan dia..

betapa sabarnya Rasulullah.. bila dua orang yang paling kuat menyokong baginda meninggal dunia Rasulullah tetap meneruskan usaha dakwahnya..

betapa sabarnya Rasulullah.. kena campak batu sampai berdarah, dikutuk macam-macam.. tapi tak marah pun dengan penduduk taif.. sedangkan Jibril pun rasa mahu hempap mereka dengan gunung. Baginda siap mendoakan untuk mereka pula.

sabarnya Rasulullah kita.. Nabi kita yang sangat mulia hatinya..

tapi diri ini, mengaku ummat Muhammad..
jauhnya berbeza dengan Baginda.. #muhasabahdiri

T_______________________________T