Saturday, November 10, 2012

ujianNya tanda kasih sayangNya

ujian.. semua orang akan diuji. lain orang, lain ujiannya, lain juga penerimaannya. ada orang diuji dengan kegagalan, ada orang diuji dengan kejayaan, ada orang diuji dengan kehilangan, ada orang diuji dengan kesenangan. semua ujian Allah yang tentukan. jadi jangan pernah menilai orang lain atau memandang rendah ujian yang orang itu alami. ujian yang kita rasakan mudah, mungkin payah bagi orang lain. ujian yang kita rasakan payah, mungkin mudah pula bagi orang lain.

 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut : 2-3)

kepada sesiapa yang diuji, bersabarlah. jangan pernah putus asa. Allah itu tidak zalim. Allah ambil sesuatu dari kita kerana mahu memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa depan. ujian itu banyak hikmahnya, mematangkan dan mendewasakan.. dan bila diuji begini, pilihan kita adalah untuk jadi lebih dekat denganNya atau semakin jauh dariNya. semoga apa pun ujian yang kita terima, kita semakin dekat denganNya.. insyaAllah :')

p/s; ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku dan suamiku atas segala ujianMu ke atas kami. sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani hamba-hambaMu. aminn.. :') 

Thursday, October 11, 2012

i'm married!

alhamdulillah.. i'm already married to the man that Allah had choose for me. today marks the third weeks of our marriage. no one has ever told me marriage is a phase of exploration and discovery! I learn about commitment, trust, punctuality, patience, taking orders accurately, hardworking, and two. selfishness has to extinct and I have to start to embrace SHARING which never existed in my dictionary before. Marriage is when you love doing something you used to hate because you're doing it for your husband.. :) Guess mine? :P

I don't know other people but my marriage has changed a lot about my life. suddenly I am detached from my parents. it used to be my stuffs within my perimeter. suddenly I have a roommate. it used to be lectures and classes. suddenly i've to give my attention to someone. I feel a new different nature. I do everything with him beside me. and neither would I expect that ordinary activities, could be so much fun if it involves someone you love.. :)

am glad and thankful that he is what I expected, dreamed and wished for, I couldn't ask for more for the time being, thank you for being a great team mate along my transition as your wife. I love you more each day.. and insyaAllah till jannah.. <3

Thursday, August 9, 2012

sebelum melangkah ke alam itu

Assalamualaikum wbt..
seha nak share satu artikel berguna yang disediakan oleh saudara Adlan Khalidi. disini seha copy infografik tentang perkahwinan untuk rujukan sesiapa saja sebagai persediaan masa depan dan untuk rujukan seha sendiri juga. 

erm, siapa cakap kahwin ni senang kan?
alam perkahwinan memang diimpikan setiap insan. tapi kita kena tahu dan sememangnya sudah tahu yang alam itu jugalah yang penuh dengan tanggungjawab. bahu jika belum cukup tegap nak pikul tanggungawab itu, tak usah sibuk mencari calon sekarang. banyak yang perlu kita baiki dalam diri sendiri untuk ke arah itu. sekarang pun seha rasa masih banyak yang perlu seha belajar untuk melangkah ke alam itu. 

seha ada terbaca satu artikel di dalam majalah solusi yang bertajuk "Telah siapkah dirimu menjadi Super Parents?". dan ayat yang mencuit fikiran dari artikel itu berbunyi “Lebihkan menjadi daripada mencari”.. instead sibuk mencari suami/isteri soleh/solehah, kita sendiri kena jadi soleh/solehah dulu. kan pasangan kita itu adalah cermin kepada diri kita sendiri. sama-sama fikirkan sejenak.. :)

selain itu, bacalah post yang Fatin Liyana share. sangat berguna dan terkesan dalam hati.. dan insyaAllah kita sama-sama ambil pengajaran dari pengalaman orang lain. :)

pada yang belum pergi kursus kahwin, pergilah. tak kisahlah kahwin lambat lagi ka apa. lepas seha pergi kursus kahwin tahun lepas, barulah seha sedar. kahwin bukan perkara main-main, bukan untuk seronok seronok. kahwin boleh jadi salah satu jalan pintas ke syurga. tetapi awas, jika tak cukup ilmu, perkahwinan juga membolehkan anda menempah sekeping tiket VVIP ke neraka. fikir-fikirkanlah..

seha doakan semoga kita semua mendapat jodoh yang baik dan hidup yang lebih dekat denganNya setelah bernikah.. insyaAllah. may Allah bless! :)

Friday, August 3, 2012

another step towards marriage life

assalamualaikum wbt..
lama sangat rasanya tak menulis di sini.. sangat sibuk di malaysia. banyak benda nak buat dan uruskan dalam waktu yang singkat. ni pun mungkin hanya short update.. tapi seha still akan update sikit-sikit walaupun mungkin tiada orang baca, ini kenangan seha yang seha nak letak dalam blog. :)

ini wedding checklist seha..
ada yang dah siap dan ada yang belum. tapi seha tak nak rush, kalau ada yang tak lengkap lagi mungkin akan pergi KK lepas raya dengan mama seha untuk lengkapkan semua. insyaAllah..seha banyak dapat idea untuk hias bilik dan pelamin dari majalah Pengantin. :)

dan mama seha bagi hadiah buku masakan untuk seha belajar lagi banyak resepi baru. sangat suka buku ni.. terima kasih mama! :')
 
kursus kahwin dah setel dari tahun lepas lagi. so masa sampai malaysia hari tu, kami pergi buat HIV test. kena set appointment dulu baru boleh buat dan mesti buat kat klinik atau hospital kerajaan, swasta tak boleh. alhamdulillah resultnya negative. pegawai perubatan kat klinik tu ucap 'selamat pengantin baru' masa bagi kami result masing-masing. hehe.. :)

next step ialah pihak lelaki hantar semua dokumen dan borang nikah dekat negeri sendiri. disebabkan seha dan bakal suami tak sama negeri, mungkin agak makan masa sikit sebab kena dapatkan kelulusan dari negeri pihak lelaki dulu pastu baru boleh bawa semua dokumen pergi belah seha. tapi semuanya lancar saja dan alhamdulillah.. permohonan berkahwin pun dah diluluskan. :)

setakat ni semuanya going smoothly as we planned it.. kawan-kawan semua doakanlah semua urusan kami dipermudahkanNya dan berjalan lancar. terima kasih semua yang mendoakan.. dan semoga Ramadhan kita kali ni adalah yang lebih baik dari sebelumnya. sama-sama usaha khatamkan Quran okay? insyaAllah.. may Allah bless! :)

Tuesday, July 3, 2012

newly weds

assalamualaikum wbt..
post yang short ni untuk cousin seha yang kahwin 29 jun lepas. agak sedih sedikit sebab tak dapat balik untuk tengok cousin yang rapat kahwin, tengah berperang dengan kertas final sekarang.. tapi takpa, seha kirim doa dari jauh. semoga bahagia hingga ke syurga.. aminn.. :)

 Ahmad Fathi + Syarifah Aminah
congrate mina.. happy for you <3 :)

tahniah juga untuk irine nadia dan irma hasmie.. kahwin tarikh sama dengan cousin seha, 29 jun. :)
she's stunning! so beautiful.. :)
Redza + Irma Hasmie
Amirul + Irine Nadia

Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang- orang yang jahat, mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
[An-Nur:26]

p/s; subhanAllah.. bila lihat gambar-gambar kahwin ni, benarlah janji Allah dalam kitabNya al-Quran. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. so, kita kena usaha berubah ke arah kebaikan dan jadi solehah untuk dapat pasangan yang soleh dan baik juga, insyaAllah.  okay, now back to my exam mood! heee.. may Allah bless! :)